Friday, November 6, 2009

dah lame, tetibe rase nk baru kan

aku kadang-kadang musykil macam mana nak hasil kan satu penulisan yang kualiti dan mempunyai satu karya yang berkesan pada semua orang. maksudnye aku nih suke bercerita, bersembang, tapi tak tahu ler macam mana nak gunakan semua tuu dalam penulisan aku. terutama skali blog nih la. aku tertarik dengan hasil karya Kabir bahtiar yang berjaya mengadaptasi kan sebuah cerita novel kepada drama yang berjudul 'NUR KASIH' yang sekarang mendapat sambutan hangat di TV3. aku pon join gak tuk melayan cerita tuu. pada awalnya aku rase cerita tuu agak bosan dan ditambah pulak dengan hostel aku takder TV jadi ia tak effect pon kat aku. tp lame kelamaan aku seringkali dengar akan komen-komen yang terlalu asyik terhadap NUR KASIH, jadi aku un cuba lah meninjau pada TV3 online. mulanya aku hanya nak tengok aper yang latest tapi ia tak mampu difahami, jadi terpaksa laa aku menonton dari awal cerita. secara sengaja dan tak aku sangka cerita tuu memang berkesan terhadap aku untuk meneruskan menonton sampai ke episod terbaru. tetapi pada aku bukan la kerana pelakon nya aku terpesona untuk menonton tapi kerana kandungan dan suasana kampung yang memukau dan memang seakan-akan aku boleh merasakan sendiri suasana itu.

NUR KASIH memberi impak besar dalam pemikiran dan emosi aku kerana ia mengisahkan masalah rumah tangga dan percintaan suami isteri serta penglibatan keluarga dalam berbagai keadaan dan rintangan yang harus dihadapi. aku melihat cerita ini memang bagus untuk ditonton bukan sekadar hiburan semata, tetapi ambil lah iktibar dan penajaran serta kaedah yang betul untuk kita hadapi masalah yang melibatkan rumah tangga. dan ditambah juga dengan jenis-jenis punca masalah yang sebenarnya hanay datang akibat prasangka dan cemburu yang mendalam. oleh itu kepada semua tonton lah cerita 'NUR KASIH' bukan untuk hilangkan boring sahaja tapi banyak pelajaran dan pengajaran yang terkandung. selamat menonton!!

No comments: