Friday, November 6, 2009

dah lame, tetibe rase nk baru kan

aku kadang-kadang musykil macam mana nak hasil kan satu penulisan yang kualiti dan mempunyai satu karya yang berkesan pada semua orang. maksudnye aku nih suke bercerita, bersembang, tapi tak tahu ler macam mana nak gunakan semua tuu dalam penulisan aku. terutama skali blog nih la. aku tertarik dengan hasil karya Kabir bahtiar yang berjaya mengadaptasi kan sebuah cerita novel kepada drama yang berjudul 'NUR KASIH' yang sekarang mendapat sambutan hangat di TV3. aku pon join gak tuk melayan cerita tuu. pada awalnya aku rase cerita tuu agak bosan dan ditambah pulak dengan hostel aku takder TV jadi ia tak effect pon kat aku. tp lame kelamaan aku seringkali dengar akan komen-komen yang terlalu asyik terhadap NUR KASIH, jadi aku un cuba lah meninjau pada TV3 online. mulanya aku hanya nak tengok aper yang latest tapi ia tak mampu difahami, jadi terpaksa laa aku menonton dari awal cerita. secara sengaja dan tak aku sangka cerita tuu memang berkesan terhadap aku untuk meneruskan menonton sampai ke episod terbaru. tetapi pada aku bukan la kerana pelakon nya aku terpesona untuk menonton tapi kerana kandungan dan suasana kampung yang memukau dan memang seakan-akan aku boleh merasakan sendiri suasana itu.

NUR KASIH memberi impak besar dalam pemikiran dan emosi aku kerana ia mengisahkan masalah rumah tangga dan percintaan suami isteri serta penglibatan keluarga dalam berbagai keadaan dan rintangan yang harus dihadapi. aku melihat cerita ini memang bagus untuk ditonton bukan sekadar hiburan semata, tetapi ambil lah iktibar dan penajaran serta kaedah yang betul untuk kita hadapi masalah yang melibatkan rumah tangga. dan ditambah juga dengan jenis-jenis punca masalah yang sebenarnya hanay datang akibat prasangka dan cemburu yang mendalam. oleh itu kepada semua tonton lah cerita 'NUR KASIH' bukan untuk hilangkan boring sahaja tapi banyak pelajaran dan pengajaran yang terkandung. selamat menonton!!

Wednesday, May 6, 2009

nih..ader org share something kat aku...so leh ar bace kalo perlu..huahahhaha

Apa itu cinta?

1. cinta adalh prtalian kasih syg yg mrangkumi aspek spitual,emosi,fizikal,intelektual n sosial.

2. cinta brerti kemahuan,keasikan,tarikn,kerinduan n keresahan yg wujud hasil drpd keterikatan perasaan kpd ssorg.

3. cinta adalah sbgai pendorong kita utk melakukn apa saja demi insane yg kte syg.

4. “cinta adalah prmainan yg mmpamerkn prbezaan antara ssorg dgn org lain”kata George Bernard Shaw.

perbuatn2 yg menunjukkan cinta mgikut jntina

lelaki

1. dia akn beli kekasihnya rantai...

2. dia akn beli hadiah yg mahal2 secara mgejut...

3. dia meminta kekasihnya mmbantu apabila dprlukn..

4. dia akn mmbatalkn urusan lain krna ingin brsama2 dgn kekasihnya yg sedang brsedih..

5. dia ingin mgadakn hubungan seksual dgn kekasihnya..

6. dia akn bantu kekasihnya drpd sudut kewangan..

7. dia akn memandang ke dlm anak mata kekasihnya dan sanggup dtg dari jauh semata2 tuk menemui kekasihnya...

perempuan

1. dia akn wat dirinya cantik n anggun tuk kekasihnya...

2. dia x keluar dgn lelaki lain...

3. dia menolong keja2 kekasihnya...

4. dia telefon kekasihnya apabila mgetahui dia sedang brsedih..

5. dia brfikiran trbuka trhadap seksual..

6. dia turut brkeja tuk bantu kekasihnya..

7. dia akn menulis sajak utk kekasihnya...dan dia akn menangis apabila trpaksa brpisah dgn kekasihnya tuk seketika...

Monday, May 4, 2009

kahwin..mende tuu??x paham ler

jom aku tetibe nk share pasal kahwin2 nih..ramai skang nih kite leh tgk yg suker bebenor kalo dapat kahwin ngan pilihan hati..wakakaka..mmg ler yer x bangang laa kalo kite benci ngan org yg kite suke..mende laa aku nih...tp camne kite nih nak kahwin ek..pada pendapat aku bile kite cite pasal perkahwinan nih ia melibatkan sesuatu yang besar..bukan jer pasal persetubuhan dua manusia lain2 jantina..tp camne kite ni sendiri nk membangun kan institusi perkahwinan kite kire keluarga laa..sebagai contoh untuk kite besedia berkahwin nih kite mesti kurang2 ader basic pasal agama tp tuu biasa nya org cakap, pada aku bukan basic tapi memahami kenapa dan apakah keperluan kite tuk berumahtangga dalam konteks islam tuu sendiri....menurut aku ia penting sebagai benting bile kite sudah pun melayari bahtera sebagai sepasang suami isteri..dan yang lagi pentingtuk isu camni ia lah pengetahuan lelaki/suami tuu sendiri dalam membuat keputusan..sebagai contoh seorang suami balik kerja dengan penat + tension sebab kene marah ngan boss..dan tibe jer kat rumah isteri loom siap masak...so di sini kemahiran berkomunikasi dan mengawal emosi amat penting untuk si suami tuu tadi...kerana sebelum kite balik dan terus marah2 kite kene laa tahu sebagai ketua rumah tangga kenapa isteri kite nih x siap masak lagi...kemudian baru lah menganalisis wajar kah kite menegur isteri atau tidak...sekiranya siuasi itu disebabkan kedua-dua pasangan ini berkerja..so suami perlu menilai bahawa tanggungjawab isteri juga sama seperti suami ketika di kantor...

tp kebiasaan nya sume org tahu mcm mn nak manipulate benda nih..tp tuk praktikkn x ramai sebab antara punca utama ialah ego manusia yang memang melekat sejak dulu lagi...so dalam konteks masalah nih plak control ego nih pown satu proses yang kadang2 membawa kebaikan tp ego x semestinya kene low..kadang2 dalam rumahtangga nih kene gak high kan...dalam situasi yang sama biasanya berlaku perbalahan disebabkan salah sorg dari pasangan ni mula ego dengan status dan kedudukan mereka..contohnya suami akan merasakan martabatnya sebagai ketua keluarga adalah mengarah sahaja ATAU si isteri mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat termasuk laa status di pejabat..so kat sini apabila masing2 memegang kuat pada prinsip diri sendiri dan hanya mementingkan status dan kedudukan memang mudah lah untuk terjadinya perpecahan dan keretakakn rumah tangga...jadi sebagai manusia yang sentiasa kekurangan dan lemah kite kene lah beringat dimana dan siapa pown kite, kite nih tetap laa hamba yg sentiasa wat kesilapan jd suami/isteri kurang2 kan ler ego tuu yerk..insya Allah ia akan membawa kebaikan untuk rumah tangga..chaiyok2..(kalo ader request dan idea aku tambah lagi yer)

Wednesday, April 29, 2009

aku pown tak paham lah...

tetibe jer memalam ini aku termerasakan yang aku nih nak cite something kat korang lak..wakaka.. ini pown akibat kesan panahan bile aku pown termembacekan blog-blog orang...tp kekadang aku rase aper yang korang nih minat bebenor ngan tulis2 blog nih...???? persoalan ini sukar di ungkai oleh diri aku sendiri....agak mengterujakan aku laa bile hampir sume kengkawan aku nih ader blog sendiri...mungkin mereka masih merasakan blok2 rumah mereka masih belum mencukupi memenuhi kepreluan seharian mereka..kesian2..

ader sesetengah tuu cerita pasal luahan hati, ader pulak yang cite pasal gosip, ader plak tuu dasyat sikit cite macam mak jah ngan cik senah yg ngumpat kt tepi kedai runcit pak harun..waaaaaa...kire blog nih pown mcm tempat nk cite panas gak laa ek..huhuhu...walaubagaimanapun aku tetap masih lom paham2 gak laa kenape kini blog menjadi medan bertelingkah pown ader..ader lak kes sampai kene tangkap pasal blog..mungkin kite nih kene dah terover dalam berkarya kot..tp aper pown asal korang bahgia bersama org yg tersayang dah la yer...yang penting PEACE>>kacang peace

Wednesday, October 8, 2008

EGO


perempuan jenis nih memang banyak skang, aku pon dah naik mual sebab dorang nih kekadang nampak jer ok tp dalam bile dah kenal rase cam nak di buat jer kentang goreng leh makan di waktu malam....
ramai perempuan yang berjaya tapi tak kahwin, menurut analisa dan pengamatan yang aku wat, sebab yang kekadang mendorong kegagalan mereka nih dapat suami adalah EGOIS. mungkin sesetengah wanita atau perempuan kat luar tu tak sedar dengan sikap dorang yang mungkin sengaja atau tidak sengaja ter-ego tuu menimbulkan kemarahan dan kebencian kepada pihak yang berhampiran dan menyebabkan sedikit-sebanyak niat buruk atau paling tidak ter-doakan bahawa orang EGO tuh x dapat kahwin ker atau paper la yang seangkatan dengannya..
tuh dalam sudut x nampak..tapi yang terang2 pon ader, kire kalo la aweks nih perangai nye ego kepada lelaki yang kurang atau pangkat rendah dorang nih lagi lah susah nak didekati sebab terang2 ego nyer menyerlah cam tengking ker, kalo di tegur x pandang atau layan x layan, dan paling biasa sebab x der rase hormat pada perasaan orang lain. dia rase dier jer betul dan orang lain salah...

aku sediri pernah jumpa orang yang ego nya cukup kuat, korang pikir sendiri k, kalo la ko rase ader kawan yang x macam kawan, pastu marah sebab kite nak tau keadaan dier, pastu cakap yg kiter x memahami sedangkan camne nak faham batang idung memang la x jumpa pastu bile call x dapat, tetibe cakap kite nih menyusahkan, pastu cakap kawan kite...lastly aku pown rase bengang dan dari nak tolong dah jadi benci ngan sikap dier tuh...so aku nasihat kan laa kat aweks2 kat luar tuh, cuba la faham jugak perasaan rakan anda yang ingin ambil berat dan kisahkan diri anda sebab mereka pasti nya didtangkan oleh allah dengan seribu hikmah...

Tuesday, October 7, 2008

perempuan/wanita

JENIS 1
ibu/emak/umi/mama...etc.

perempuan jenis ni boleh dikira first dalam bahasa inggeris dan dalam bahasa melayu pertama kali kita semua lihat atau bertemu dan itu lah sepatutnya melainkan kalo ditakdirkan dia meninggal selepas melahirkan kita.

pada aku sebagai penulis blog nih..
perempuan (1) nih boleh dikire macam orang yang amat ambik berat, asyik pikir untuk kebaikan kita, mecari jalan supaya kita boleh lebih baik dari dia, dan yang paling penting dia memang nak melihat kita bahagia. pada pengalaman aku perempuan (1) nih dulu menyakitkan sebab asyik kene marah, dibebel, pukul, rotan, piat telinga,ader jugak yang sentiasa belai kita walaupun kita nih buat silap yang boleh mendatangkan marah pada dia. itu semua sebenarnya adalah nak menyedarkan kita akan berdikari dan supaya boleh berfikir akan apa jua perbezaan kebaikan dan keburukan untuk kita jadikan pengajaran dalam hidup..

ok lah tuu kire general pasal perempuan jenis (1)...aku citer kat sini pun berdasarkan pengamatan aku dan pastinya korang yang bace pun tahu akan kebenarannya...

sebenarnya aku bukak blog nih tujuan nak kongsi laa aper jenis perempuan yang pernah aku jumpa dalam hidup aku nih...

JENIS-JENIS PEREMPUAN

  • ego
  • sombong a.k.a bongkak
  • rendah diri
  • penipu
  • cakap belakang
  • bermuka-muka
  • baik hati
  • sopan-santun
  • hormati orang
  • over confident
  • macam lalang
  • lupa diri
  • materialistik
  • kampung
  • extreme
  • ngada-ngada
  • tak tahu malu
  • hilang arah/tertekan
yang tuu kire adalah sedikit-sebanyak jenis perempuan yang aku pernah jumpa dan berhadapan ngan dorang...agak payah gak untuk aku memberikan kreteria camnih sebab ia boleh menjadi sensitive pada sesetengah golongan..

sy akan terang kan golongan-golongan ini pada post yg seterusnya